Image default
Facebook Marketing

CARA PEMILIHAN AUDIENCE YANG BETUL

ramai orang yang tanya pada saya bagaimana nak buat pemilihan audience yang tepat? sering kali bila buat je inilah yang part paling sukar sekali yang saya terima setakat ini. dan ramai orang tak tahu bagaimana nak isikan audiance ini. Sebenarnya tak perlu risau abang/akak kita bagi perkara ini mudah. untuk pemilihan bahagian Audience ni terdapat banyak pendapat orang dan atas permerhatian saya cara pemilihan audience yang betul terdapat pelbagai cara. diantaranya ialah :

1. MELALUI DATABASE PELANGAN

cara pemilihan Audience dengan betul

untuk database pelangan kita sebelum ini kita perlu buat satu rumusan untuk bahagian seperti berikut :

a) tempat tinggal mereka
b) Umur
c) Jantina
d) Behaviour/Interest mereka.

dan teknik ini dinamakan Customer Avatar yang telah dicipta oleh sifu saya sendiri iaitu Dzulfakar Hashim boleh click pada nama dia untuk sedut ilmu daripada beliau.

2. COMPETITOR RESEARCH

ini juga salah satu cara yang mudah untuk korang buat pemilihan audience yang betul, caranya sangat mudah. cuba review para competitor korang, dan check yang comment PM dan list kan juga

a) tempat tinggal mereka
b) Umur
c) Jantina
d) Behaviour/Interest mereka.

jadi dengan ini kita dapat kenal pasti iklan yang mereka buat tu target kepada orang yang macam mana untuk kita isikan details mereka pada bahagian Audience di Ads manager kita.

teknik ni bukan saya nak mengajar korang untuk mencuri tau.. teknik ini untuk korang kenal pasti audiance korang je. jangan kata saya ajar pulak teknik mencuri hihi..

3. PEMIKIRAN ASAS

jika anda jual produk untuk jamu, dan korang akan target kan kepada orang lelaki. sudah semestinya korang akan target kepada wanita yang dah berkahwin dan juga mempunyai anak. Teknik terakhir ini merupakan teknik yang sangat mudah dan biasanya saya akan menggunakan teknik ini.. hanya dengan menggunakan pemikiran asas. Jadi apa yang korang perlu focus kena tahu tentang product korang sendiri. adakah product korang untuk dijualkan kepada ibubapa? untuk dijualkan kepada orang yang mempunyai suami. semua itu perlu korang buat satu list.

di dalam list tersebut isikan details siapa yang perlu dapatkan product korang. macam mana orangnya.. adakah orangnya kerja di kerajaan? adakah mereka pengguna Iphone? atau adakah mereka orang yang kaya?

so listkan. dan masukan di bahagian audiance sangat mudah ! takde lagi alasan untuk korang buat pemilihan audiance yang betul lagi.. sebab saya dah ajarkan 3 basic step untuk korang cari dan isikan.

Related posts

IKLAN FACEBOOK KE WHATSAPP STEP BY STEP

aliffharris

1 comment

IKLAN FACEBOOK KE WHATSAPP STEP BY STEP - Aliff Harris August 28, 2019 at 5:24 am

[…] Di sini sila isikan Audiance yang korang, sila pastikan korang telah lakukan research jika tidak tahu macam mana nak cari audience sila rujuk disini […]

Reply

Leave a Comment